Monday, 1 March 2010

Khutbah Jumaat 176 - 26 Februari 2010

KHUTBAH JUMAAT 176 – 26 FEBRUARI 2010

PROPHET MUHAMMAD -CIVILISATION OF FAITH AND ACTIONS

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Saya berpesan kepada diri sendiri, dan menasihati sidang Jumaat, untuk mentaati Allah dan Rasulullah sepanjang masa, dan berusaha semampu upaya, untuk mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah. Kesungguhan mendekatkan diri kepada Allah dapat diusahakan menerusi penerusan dan pemantapan profesionalisme ibadah, penambahbaikan kompetensi akhlak dan muamalah, yang berteraskan kejituan dan kemampanan aqidah. My fellow brothers, have taqwa and increase the level of loving and worship and belief in Allah at all times. Follow the firm belief with the good conduct and noble characteristics. As narrated that Abu Hurairah, may Allah be pleased with him said, The Messenger of Allah, peace and blessings of Allah be upon him, was asked about that which will admit most people to Paradise. He said: ‘Fear of Allah and a good attitude.’

My dear muslims

In remembering our beloved Prophet Muhammad S.A.W, muslims all around the world take the initiative to live their love towards the noble Prophet. Celebrating and extracting lessons from his birth and his journey of life is one of the way create the suitable atmosphere to get to know better and deeper of our Prophet Muhammad S.A.W. Michael H. Hart, the American author of The Hundred: A Ranking of the Most Influential Persons in History, categorised Prophet Muhammad, peace be upon him as the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. His unique achievements proved the essentiality and genuinity of both, the message and his appointment as the messenger of Allah. There never was anyone like him whose life has been recorded in such meticulous detail, and there never was anyone in history like Muhammad, peace be upon him whose exemplary deeds are so closely emulated in their daily lives by so many people from so many countries and regions of this world, and to this day. It was our Prophet Muhammad alone, among the religious leaders, who could establish a government based on divine guidance for the first time in human history, and that, too, in a land where anarchy had reigned supreme for centuries. He brought law, order, and social justice to a people notorious for endless retaliatory conflicts. While he possessed power as absolute as humanly attainable, he remained ever humbler than any of his followers. Our Prophet once mentioned, ‘I am merely a servant of God and I have been sent only as a teacher’. It was him who for the first time taught people to give up alcohol, drugs and all kinds of unclean food. It was none other than Prophet Muhammad, peace be upon him who for the first time in history established women’s rights by allowing them to own property, inherit, question authorities, reject arranged marriages, and seek divorce when they had reasons for doing so. There never was a religious leader like him who was so modern and up to date in his attitudes and policies. He condemned racism and nationalism, he established laws to protect animals, trees, and the environment, he established workers’ rights and banned interest. In a brief span of 23 years of his prophetic life, Muhammad, peace be upon him was able to transform the faith, morality, daily life, and the very mindset of all the varied tribes of Arabia. The message had changed the hearts and lives of millions in different parts of the world. Allah says in the Quran, in surah al Ahzab verse 21, ‘You have indeed in the Messenger of God [Muhammad] a beautiful pattern (of conduct) for anyone whose hope is God and the Final Day’. The Prophet’s Sunnah is not only the second source, right after the Quran, of Islamic Law, but also the second source, again right after the Quran, of which both knowledge and civilization flow.

Sidang Jumaat yang dikasihi

Kita wajib mencintai dan menyayangi rasulullah S.A.W. Kita wajib mengasihinya dan berusaha menempatkan diri selaku kekasihnya. Al Quran kita telusuri menerusi asas, prinsip perintah dan larangan Allah. Sunnah dan jalan contoh yang diberikan Rasulullah menjadi ruang interpretasi dan pemangkin praktikaliti sesuatu persemabahn kepada Ilahi. Mencontohi, mengikuti dan meneladani sunnah Rasulullah adalah kunci untuk menjadikan diri kita dekat dan hampir dengan kekasih Allah bernama Muhammad ini. Garis panduan yang diluahkan dalam pakej sejarah hidupnya memandu arah umat Islam kepada penguasaan dan pemantapan tamadun kehidupan. Ketuanan dan kemodenan fiqh dan perundangan, keharmonian dan peradaban tatacara dan perlakuan manusia bertamadun, serta kekananan dan keindahan struktur kehidupan dan aplikasi yang berkaitan dengannya. 3 pancang inilah yang memperkuatkan kemajuan hidup manusia, menerusi garis suluh hidayah dan landasan tepat taufiq Ilahi. Kesinambungan ketamadunan dan kemodenan peradaban hidup yang dibawa oleh Rasulullah adalah sebagai tanda appresiasi dan persetujuan terhadap apa yang telah dibawa oleh nabi dan rasul sebelumnya. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 109, ‘Dan tiadalah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk Bandar, yang Kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaiamana akibat orang-orang kufur yang terdahulu daripada mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (Wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?’. Baginda Rasulullah menyatakan hala tuju pentadbiran dan pengendalian kehidupannya dan umatnya ke arah mempertingkatkan darjat dan martabat keturunan, kewangan, saintifik, seni dan artistik, sosial dan pergaulan yang selari dan memberi appresiasi kepada pegangan dan teras kepercayaan. Sasaran ini menjadikan Islam berfungsi mendidik dan mensuci pemikiran dan tindakan manusia dalam kerangka disiplin yang berstruktur dan berkayu ukur. Ketamadunan yang dibina bermula kelahiran baginda Rasulullah, peradaban dan kematangan hidupnya sebelum dilantik menjadi Rasul, pertabalannya selaku utusan Allah, pengetuaan proses hijrah Makkah ke Madinah, pengurusan selia kerajaan dan pentadbiran domestik dan antarabangsa, tidak berasaskan material semata-mata. Malah, ketamadunan yang dipelopori oleh kekasih Allah ini memberikan fokus kepada keseronokan dan keindahan menjalani kehidupan, yang bermatlamat, berpandu dan terpandu, menjadikan penggalian ilmu pengetahuan dan maklumat berguna sebagai destinasi impian yang berpanjangan dan berterusan, serta di atas segalanya, menyatu padu dan menundukkan manusia selaku hamba, kepada kekuasaan Allah selaku Pencipta segalanya. Baginda Rasulullah telah memaparkan realiti umat Islam yang sentiasa minoriti kuantitinya, namun tertinggi dan dikagumi kualitinya. Baik dari sudut kelangsungan hidup, aspek pentadbiran, peperangan yang disertai, produk dan pasaran yang tidak dimiliki malah dikuasai bangsa yahudi dan Quraisy, sekatan atas promosi dakwah dan aktiviti, fobia terhadap Islam yang tidak berpandu arah, terdedah sentiasa kepada sebarang bentuk provokasi lisan dan tindakan, segalanya dilalui oleh baginda dan umat Islam. Apa yang kita lalui dibenua barat, umat Islam tanpa sedar mengalami sepertimana yang pernah dilalui di zaman baginda Rasulullah. Minoriti sering disalah erti dan dijustifikasi sebagai menentang, melawan dan memberontak dengan cara yang dinilai bukan oleh garis panduan konsensus malah prejudis yang tidak berpaksi.Pandangan pesimis terhadap aktiviti beragama, apatah lagi dasar suruhan dan larangan Islam, dicari segala ruang yang ada untuk memberikan salah tafsir dan silap faham masyarakat. Umat Islam kini sewajibnya mencontohi ketangkasan dan komitmen Rasulullah yang tidak pernah putus asa dalam menyampaikan Islam, tidak pernah jemu dengan peranan dan fungsinya walaupun kata cerca dan penderaan menjadi santapan diari harian. Baginda Rasulullah tidak meminta sebarang balasan dan perlindungan daripada kita selaku umatnya. Hanya yang ada, dalam antara lafaz terakhir baginda, sebelum dijemput Allah, kalimah ‘ummati’ yang diulang, bermaksud umatku. Keprihatinan berkaitan apakah nasib umatnya, bagaimanakah kelangsungan iman dan taqwa umatnya, cabaran dan halangan yang sedang dan bakal dilalui umatnya, prestasi persembahan ibadah dan komitmen beragama umatnya. Pada hemat mimbar jumaat minggu ini, sambutan memperingati tarikh kelahiran Rasulullah sepatutnya diisi dengan itinerari yang mengupas dan menjawab segala persoalan ini, yang merupakan aspirasi Rasulullah terhadap umatnya.

Barakallahu li walakum

Mohd Erfino Johari

1 comments:

Pokjak a.k.a. Aizat said...

Thanks Ustaz for sharing the Khutbah.