Friday, 30 July 2010

Khutbah Jumaat 197 - 30 Julai 2010

KHUTBAH JUMAAT 197 – 30 JULAI 2010

ATHEIST; TAUHID DAN KESERIUSAN BERAGAMA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Saya menasihati diri sendiri, seraya berpesan kepada hadirin Jumaat, untuk memperkukuh ketaqwaan kepada Allah, dengan mentaati suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Ianya bermula dengan pengetahuan dan pemahaman mantap berkenaan ketuhanan dan ketauhidan, keesaan dan keagungan ciptaanNYA, konsep dan sebab penciptaan manusia, tujuan dan arah pengisian hidup, matlamat dan kepercayaan terhadap janji ganjaranNYA dan azab siksaanNYA. My fellow brothers, have faith in Allah, and as each day goes by, do increase the taqwa and put our path of piety and acts of worship in the highest level. The world that we’re living in is full of test, and only those who succeeded the trials will be rewarded with the everlasting blessing and happiness in the hereafter.

My dear muslims

The Roman catholic bishops and churches institutions in Australia recently raised their concern on both political and the survival of the country which is having the majority of its citizens as Christians. The new and the first lady to become the prime Minister of Australia declared herself as an atheist. But at the same time, looking at the coming election in August, she assured Australia's Christian majority that her atheism would not affect government funding to church-run schools and churches’ tax free status if she is re-elected. She took the sworn last month and promptly called elections, and become the first prime minister in the federation's 109-year history to take an affirmation of office instead of swearing on a Bible. Most Australians are Christian by birth, and based on a survey made, they are generally not devout and prefer to keep politics and religion separate. Even politicians who talk about their Christian faith are derogatorily known as ‘God botherers’. It is reported in The West Australian newspaper that according to the archbishops of Roman Catholic Churces, many Christians were concerned about the affect an atheist prime minister could have on church schools and welfare agencies. Looking at the scenario, it is proven that there’s a lot of people are still in the mode of insensitive of their own religion. They only come to be seen curious and serious on issues related to religion, when the topics and issues occurred triggered their stereotype view of their own religion. In this case, the concern of majority Christians, whom are only being Christians due to their parents and families are Christians. The fear of losing the privilege in terms of supports and sponsors from the government in a majority christian country, pushed them to speak and looks like defending their ‘religion’. Whether we realise it or not, similar situation occurs to muslims, whom identity is reflected by their parents’ background. Hence, their muslim identity became stereotype, their knowledge on Islam is very limited, restricted and unproductive. It is only when public’s attention came down to certain issues in Islam such as marriage, Syariah court management, birth and death, then only they become interested about Islam. Unfortunately, they’re actually driven by situational based, and not exactly the true awareness of their own religion. It is also so coincidence that public put exaggerate attention to religious group, religious preachers and their material of communication, religious events and activities, not due to their original connection and the feel of responsibility as muslims, but due to reasons that attract them or will reflect their interest and positions in political lines and other personal interest. How wonderful would that be, should their ‘involvement’ in solving issues related to muslims and their engagement in religious issues, starts with their own firm understanding and honest concern on Islam. How great would it be if each muslim be very particular about issues circling muslims and their religious activities, whilst at the same time, they’re driven to learn more about their religion, concern on its principal and its concept, and of course, proving it with actions and examples. In this case, for a person to say there is no God, he should know what is the meaning of God. If we hold a paper and say that this is a pen, for the opposite person to say, ‘it is not a pen’, he should know what is the definition of a pen, even if he does not know nor is able to recognise or identify the object we’re am holding in my hand. Similarly for an atheist to say ‘there is no God’, he should at least know the concept of God. His concept of God would be derived from the surroundings in which he lives.

Sidang Jumaat yang berbahagia

Dalam isu yang kita bincangkan ini, ianya boleh dicerna pengajarannya daripada pelbagai dimensi. Isu ketuanan dan kesatuan, kebersamaan dalam agama dan semangat mempertahankan agama masing-masing, hak-hak dan kelebihan yang diberikan oleh sesebuah kerajaan terhadap agama anutan majoriti penduduknya berbanding agama anutan minoriti sebagai satu kebiasaan amalan negara muslim atau bukan Islam, pemilihan pemimpin dan hala tuju kepimpinannya samada berasaskan agama atau penolakan agama, tahap sensitiviti manusia terhadap agama yang diwakilinya serta sejauh mana sebenarnya tautan dan ikatan diri seseorang dengan agama dan aktiviti keagamaan, tugasan dan tanggungjawab selaku manusia yang memiliki agama dan memperjuangkan agamanya. Umat islam secara umumnya begitu marah dan amat kesal dengan kekejaman yang dihamparkan kepada umat Islam dan mencemarkan imej Islam, baik penghinaan berbentuk kata-kata, penulisan, karikatur, malah pembunuhan, juga penghinaan pelabelan bahawa Islam adalah agama keganasan dan pencabulan hak wanita. Pada maklumat sekeliling yang mereka perolehi, berdasarkan bukti dan contoh kejatuhan imej manusia yang Islamnya hanya pada nama dan jauh pada amalan dan perlakuan, mereka memberikan pandangan yang tepat, berdasarkan tingkat maklumat yang mereka ada. Persoalannya, apa pula tindakan kontra dan respon balas umat Islam dalam perkara ini? Selagi individu muslim tidak berusaha memperjuangkan agamanya, tidak bersemangat mewakili agamanya, tidak ambil peduli untuk mengguna pakai kelulusan, kemahiran, ilmu malah posisi dan posesi jawatan hieraki yang diwakilinya untuk mempromosi konsep sebenar islam, selama itulah islam terjajah identitinya, muslim terjajah jatidirnya, malah agamanya dan golongan agama akan sering dipandang sinis dan sentiasa dicari kekurangan oleh golongan sebegini. Dengan berpendirian sebegini, mereka bukan setakat terlupa akan kelemahan diri yang membukit, malah melupakan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul mereka selaku muslim yang efektif dan aktif. Pastinya suasana ini, sekiranya tidak dibendung, akan terus menjadikan individu yang akan suka bersifat kritikal pada agamanya, sinis pada agamawannya, malah memperlekeh dan merendahkan saham penglibatannya sendiri yang kosong dan jauh daripada membantu Islam dan perjuangannya. Kita mungkin bakal melihat wujud dan tersebarnya budaya individu yang secara label dan keturunannya selaku muslim, tetapi ‘tidak percayakan’ keesaan Allah dan ‘tidak percayakan’ kebesaran Allah, menerusi penyimpangan sasar cara hidup selaku muslim dan kejahilan dan meninggalkan persembahan konsep ibadah sebenar. Tahap keilmuan agama yang tandus, prestasi selaku muslim yang pupus, realiti kejahilan terhadap konsep agama dan ketuhanan yang rapuh, mereka hanya akan dilihat sensitif pada perbicaraan agama dan isu semasa apabila ianya berlaku, seperti isu murtad, zina, sebat, arak, judi dan sebagainya, secara bermusim dan beragenda. Di akhir proses, kerancakan penglibatan mereka dalam perdebatan fungsi dan prestasi para agamawan yang terlibat dalam isu-isu sebegini, tidak langsung membawa mereka ke tahap positif yang memungkinkan mereka lebih menjiwai agama mereka di masa hadapan. Atehist biasanya menjadikan pengikutnya bersifat provokasi untuk memperoleh bukti empirikal secara sains dan teknologi bahawa tuhan itu wujud. Sains dan teknologi asasnya ialah ciptaan. Bagi budaya tidak mempercayai kewujudan Tuhan atau atheism, langkah asas ialah dengan membuktikan bahawa setiap mereka pastinya setuju dan akur bahawa setiap yang dicipta dan direka, pasti ada pengusaha, pencipta atau pembuatnya. Mereka yang mengungguli bidang sains dan teknologi, ruang ini seharusnya digunakan bagi memartabatkan islam menerusi kelebihan yang Allah pinjamkan kepada mereka. Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53, ‘Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sentiasa ternyata jelas kepada mereka bahawa al Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?’. Ayat ini jelas memaparkan kehebatan Allah mencipta dan mengetahui setiap sesuatu. Ianya juga menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pembaca al Quran untuk mengkaji kebenaran ini menerusi material alam yang dihamparkan oleh Allah. Pelbagai bidang kepakaran dengan pelbagai nama jurusan dan disiplin ilmu amat berkait dengan apa yang ditawarkan oleh alam. Hasil kajian inilah yang seharusnya diusahakan untuk disampaikan kepada mereka yang mengakui bahawa kerusi dan kereta ada pembuatnya, supaya turut menerima dan akur semula pada pernyataan asas bahawa alam ini dan segala isinya, memiliki Pencipta yang Maha Agung, iaitu Allah. Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah.

Barakallahu li walakum

Mohd Erfino Johari

0 comments: