Tuesday, 1 November 2011

Futsal Tournament for ALKIS


Skuad futsal batch spm '89 - Futsal Tournament Alumni Kolej Islam (ALKIS).

Tanpa dirancang awal, dan hanya sekitar 5 hari sebelum pertandingan, kami berjaya menubuhkan pasukan futsal. Kehadiran dan penyertaan pada asalnya hanyalah sekadar menyokong inisiatif aktiviti alumni ALKIS. Orang rumah masing-masing juga telah dimaklumkan yang akan pulang awal, kerana beranggapan akan tewas dan terkeluar awal. Ini memandangkan kami merupakan batch KIK yang paling 'tua' menyertainya, malah batch SPM '10 turut serta. Subhanallah.


Setelah dengan jayanya mengharungi perlawanan dengan batch '91, '97 dan '98, tanpa disangka kami berjaya mara ke semi final :) selaku batch kami yg paling tua menyertai, pencapaian ini sangat dibanggakan.
Di peringkat separuh akhir, kami bertemu dengan adik-adik batch SPM '06. Kalau dikira umur, tahun di mana kami menduduki SPM, tahun itu jugalah mereka dilahirkan ke dunia :) Kami hanya tewas 0 - 1. Pada perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat, kami bertemu dengan batch '97 dan berjaya menang dengan 2 - 0. Alhamdulillah. Satu program sukan yang amat bermanfaat, selain ianya juga merupakan kenangan manis. Selain mengimbau nostalgia di laman KIK pada tahun '88 dan '89, ukhuwwah dengan batch lain juga dapat dipertingkatkan.
Tahniah pada semua pemain - Najmi, Faizul, Zulkifli, Syed Aktarul, Annas, Firdaus, Hasrim, Moes dan yours truly :)

0 comments: