Monday, 2 January 2012

Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia se Indonesia, Cibubur












24 - 26 Disember 2011 - Alhamdulillah, saya menerima jemputan daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) untuk menjadi salah seorang speaker dan tetamu bagi program tahunan terbesar mereka iaitu, Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia se Indonesia (PERMAI) 2010. Pada saya, ianya merupakan satu privilasi dan keseronokan berukhuwwah apabila berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan 200 orang pelajar Malaysia yang menyertai dan datang dari 10 provinsi di Indonesia iaitu dari Bandung, Jogjakarta, Makasar, Palembang, Jambi, Pekan Bharu, Surabaya, Malang, Solo dan Jakarta sendiri. Dalam masa yang sama, PERMAI kali ini menemukan saya dengan sahabat lama, Ustaz Hasrizal yang menjadi speaker bagi kali ketiga di PERMAI. Sembang-sembang kami juga selain pada hal ehwal diri dan keluarga yang terkini, tetap menyelitkan kisah-kisah nostalgia semasa di Jordan. Alhamdulillah, sambutan perkongsian ilmu bersama rakan-rakan pelajar sentiasa memberikan saya kekuatan untuk lebih berkhidmat dan menyumbang setakat termampu. Saya doakan semoga rakan-rakan pelajar beroleh sukses di dunia dan di akhirat. Kami di Malaysia menantikan khidmat bakti anda InsyaAllah.

4 comments:

Fathi Yakan said...

Kamil..kamil..berat na nang!

Fathi Yakan said...

Kami..kamil..berat na nang!

farid ramli said...

Assalamu'alaikum wbt

Ustaz Erfino,

Bagi mewakili Komiti PERMAI 2011, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ustaz memenuhi jemputan kami. Mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan sepanjang penganjuran PERMAI.

Sampai berjumpa lagi, insha Allah.

Wsalam.

Ahmad Farid Asyraf Ramli
PERMAI 2011, Jakarta

Mohd Erfino Johari said...

Saudara Farid dan Fathi, thanks for having me in PERMAI 2011. Jumpa lagi InsyaAllah